180,000 pekerja asing dipertimbang masuk Malaysia bulan hadapan

180,000 pekerja asing dipertimbang masuk Malaysia bulan hadapan.

Sebanyak 179,451 permohonan untuk mengambil pekerja asing dalam lima sektor akan diproses dan diluluskan dalam tempoh enam minggu, menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 24,560 permohonan akan melengkapkan peringkat temu duga pada 27 April ini manakala 154,891 permohonan akan diluluskan dalam tempoh enam minggu.

Lima sektor itu ialah pembinaan, pertanian, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan, tambahnya.

“Sehingga 7 April lalu, kementerian telah menerima sebanyak 519,937 permohonan untuk mengambil pekerja asing sejak 15 Februari lalu yang mana lebih 50 peratus atau 290,939 permohonan masih belum dikemukakan oleh 2,578 majikan yang memohon.

“Sebanyak 40,000 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat, tidak lengkap atau permohonan untuk mengambil pekerja asing dalam sektor yang masih dibekukan seperti besi buruk, kedai emas, kedai pakaian dan kedai gunting rambut,” katanya kepada pemberita di Wisma HRD Corp di sini hari ini.

Saravanan berkata tiada permohonan dikendalikan secara manual kerana semua permohonan dilaksanakan secara dalam talian dan tanpa campur tangan daripada menteri.

Mengenai pengambilan pembantu rumah warga Indonesia, beliau menjelaskan kira-kira 10,000 pembantu rumah akan dibawa masuk ke negara ini selepas Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata gaji permulaan mereka ialah RM1,200 sambil menambah terpulang kepada majikan jika mereka ingin membayar pembantu rumah sehingga RM1,500 sebulan berikutan pelaksanaan gaji minimum baharu bermula 1 Mei.

Beliau berkata, langkah mengambil pembantu rumah warga Indonesia adalah selaras dengan pemeteraian memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta, baru-baru ini.

Kerajaan akan berbincang dengan Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Nepal dan Bangladesh untuk membawa masuk pembantu rumah dari negara tersebut, tambahnya.

Sementara itu, Saravanan berkata beliau juga akan mengemukakan permintaan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mempertimbangkan semula pembukaan semula beberapa sektor yang dibekukan daripada pengambilan pekerja asing atas faktor keselamatan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua pekerja asing akan diwajibkan menjalani kursus induksi sebelum bekerja di Malaysia bagi memastikan mereka didedahkan dengan hak buruh dan pekerja bagi mengelak daripada ditindas atau didera oleh majikan.

BACA: 

“Orang masjid tak tegur ke dia salah cara ambil wuduk?” Video Najib ambil air sembahyang tersebar pula

Indonesia umum syarat baru ambil pembantu rumahnya, wajib gaji RM7,000 ke atas sebulan

Lelaki ‘kantoi’ cium pakaian dalam jiran sendiri, sekali ini yang jadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.