Banjir! 2 hari lagi penamaan calon, Johor dilanda banjir besar. Kota Tinggi menjadi daerah terbaru dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 21 orang petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan bahawa sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi dibuka pada 10 malam tadi, menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga.
“Ini menjadikan keseluruhan tiga PPS dibuka, termasuk dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, sejak semalam.
“Antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, limpahan air Sungai Muar menyebabkan beberapa rumah dinaiki air dengan paras air di lokasi terjejas mencecah paras lutut.
PAS dedah punca sebenar Nik Abduh tak bertanding di Bachok
Senarai penuh kerusi Pas Kelantan, Nik Abduh gugur, SetPoL Hadi Awang masuk