72 Peratus pelajar lepasan SPM pilih untuk tak sambung belajar- Jabatan Perangkaan Malaysia

Masih ada sebilangan kanak-kanak dan remaja di negara ini tidak pernah bersekolah atau tidak mempunyai pendidikan langsung sehingga dikhuatiri menjadi golongan yang tercicir daripada peningkatan kemahiran serta menjejaskan bekalan tenaga kerja negara.

Ia adalah hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019 yang mendapati 5.8 peratus daripada kira-kira 32 juta populasi rakyat Malaysia tidak bersekolah atau tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Kaji selidik mengenai tenaga buruh itu disalurkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebelum diterbitkan di bawah Laporan Daya Saing Global 2019 oleh World Economic Forum dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia adalah rakan institutnya.

Pengarah Bahagian Pembangunan, Produktiviti dan Daya Saing MPC, Mohamad Muzaffar Abdul Hamid, berkata kaji selidik membabitkan responden berusia berusia 15 hingga 64 tahun itu bagi mengetahui prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, hasil dapatan itu turut membimbangkan apabila sebahagian besar iaitu 72.1 peratus daripada rakyat negara ini juga memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sehubungan itu, katanya, peratusan itu dikhuatiri memberi kesan terhadap produktiviti negara apabila peluang pekerjaan yang dicipta dalam negara tidak mampu diisi orang muda tempatan.

“Kita percaya golongan yang tidak bersekolah ini terdiri daripada mereka yang lahir daripada keluarga susah, sebilangannya masyarakat Orang Asli dan masyarakat asal Sabah serta Sarawak,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Mohamad Muzaffar berkata, sekiranya masih ramai pekerja yang mempunyai kemahiran yang rendah, ia menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing menurun.

“Ini tentu menyebabkan peluang pekerjaan baharu sukar diwujudkan dan kesan terhadap gaji pekerja yang rendah.

“Berbanding tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, ia mempunyai peluang pekerjaan yang menawarkan upah yang tinggi seterusnya melonjakkan produktiviti serta inovasi.

“Apabila daya saing negara tinggi, ini akan memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada rakyat dan kemakmuran bersama,” katanya.

Mohamad Muzaffar juga berkata, kajian turut merekodkan hanya 22.1 peratus pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat SPM.

“Contohnya, dalam satu kohort SPM pada 2019, ada 560,000 yang mengambil peperiksaan, namun hanya kira-kira 170,000 sahaja yang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya,” katanya.

Pada masa sama, purata tahun persekolahan bagi pelajar di Malaysia juga dikesan menurun di mana berdasarkan laporan global itu, Malaysia berada pada kedudukan 59 pada 2019 berbanding 49 pada 2018 dan 2017.

Beliau berkata, purata tahun persekolahan Malaysia adalah 10.2 tahun berbanding Singapura pada kedudukan 32 iaitu 11.9 tahun; Australia (12.4 tahun) dan United Kingdom (13.2 tahun).

Katanya, ia bermaksud purata pelajar di Malaysia hanya menghabiskan persekolahan pada tingkatan empat atau usia 16 tahun.

baca :

“Mantap Peja! Tak sangka menteri lagi pandai berlakon” – Netizen

Netizen kecam pengerusi Tahfiz buat lawak rogol, siap ber “ana anta”

Ingatkan dapat surat cinta, wanita terkejut rupanya teman lelaki nak minta putus siap tulis karangan 7 muka surat

Leave a Reply

Your email address will not be published.