Ada rahsia dibelakang resit ATM yang korang selalu buang itu. Korang selalu tak tengok belakang resit setiap kali keluarkan duit dari mesin ATM? Kalau korang yang jenis seorang yang teliti mesti korang perasan ada satu ‘rahsia’ yang Maybank letak pada belakang resit ATM ramai yang tak tahu.
Ya, tidak dinafikan ramai yang tidak tahu ‘rahsia’ ini kerana ramai yang akan keluarkan duit dari mesin terus buang resit ke dalam tong sampah. Bukan itu je, ada juga yang jenis tak nak keluarkan resit seletah selesai sesi pengeluaran wang tersebut.
Seperti yang ditunjukkan dalam video Tiktok, Irfarhan Husin seorang perunding kewangan ini memberitahu tentang satu maklumat yang tertera di belakang resit ATM Maybank yang mungkin ramai di antara kita terlepas pandang.
Difahamkan, di belakang resit tersebut terkandung satu maklumat ringkas untuk permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) atau saham terbitan awam.
Kalau korang nak tahu lebih mengenai saham atau maklumat kewangan, korang boleh tonton video di bawah.
@irfarhanhusin Rahsia di ATM Maybank. #irfarhanhusin #financialplanning #bursamalaysia #pelaburanpatuhsyariah #cdsaccount #sahamipo #viral #fyp #tiktokmalaysia ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
Ketika artikel ini ditulis, video jtersebut telah meraih 33k tanda suka, 302 komen dan 3197 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen baru menyedari perkara tersebut malah ada juga yang sudah bertahun-tahun menggunakan mesin ATM namun tidak menyedari akan permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) di belakang resit tersebut.
Dalam masa yang sama, ramai juga yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang saham Initial Public Offering (IPO) atau saham terbitan awam tersebut.
Apa itu IPO?
IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering yang mana apabila syarikat persendirian menjual saham pertama kali milik syarikatnya kepada orang awam, contohnya sebuah syarikat Sendirian Berhad membuka peluang kepada orang awam untuk memiliki saham syarikat mereka sekaligus memaparkan dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Saham Malaysia.
Orang awam tidak boleh memiliki saham mana-mana syarikat melainkan syarikat itu yang membuka peluang dalam kepada orang awam, iaitu siapa sahaja boleh memiliki pegangan saham yang dipanggil IPO.
Kebanyakan pelabur akan melihat peluang itu apabila saham syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia.
Secara ringkasnya mana-mana syarikat persendirian boleh membuka peluang kepada orang awam untuk mendapatkan modal tambahan dengan lebih cepat dan pada masa yang sama pelabur juga berpeluang untuk menikmati pemilikan syarikat yang diingini.
Rahsia muka 60 budak berwajah serupa terbongkar, penderma sperma orang sama rupanya!
Padah makan terlalu banyak ayam, pemuda rebutan gadis kini jadi lumpuh