Adibah Noor disahkan meninggal dunia oleh Dato AC Mizal.Berikut merupakan hantaran dari DAC :-
Allahuakbar sedihnyer, terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar , baru sahaja meninggal dunia
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
Salam Takziah dari kami sekeluarga
Menurut sumber,penyanyi & penghibur serba boleh, Kak Adibah Noor meninggal dunia kira-kira jam 6:30ptg tadi, dipercayai kerana penyakit kanser ovari tahap 4.
Setakat 8:29malam ini jenazah masih berada di Hospital Gleaneagles.
Jenazah khabarnya akan di bawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai.
Dalam pada itu, sebelum ini, arwah yang juga seorang penyanyi berumur 52, berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) dengan mengamalkan pemakanan sihat dalam tempoh dua bulan lalu.
“Ya, berat badan turun 18kg berikutan pemakanan sihat yang diamalkan sejak bulan puasa lalu.
“Saya tidak mengambil gula dan mengehadkan enam suapan sahaja setiap kali makan.
“Saya merasakan sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan kerana sudah berusia, itu sahaja,” katanya kepada BH Online sebelum ini.
Berkongsi amalan pemakanan, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar berkata, dia menjauhkan minuman bergula dan makanan diproses.
“Saya mencari makanan dimasak segar dan tak makan makanan diproses atau dalam tin.
“Misalnya, jika saya mahu makan burger, saya cari gerai yang buat daging burger sendiri, bukan daripada dalam plastik sudah siap.
“Kalau dahulu, nasi lemak saya makan tiga bungkus. Sekarang, cuma satu bungkus sahaja,” katanya.
Terdahulu, Adibah berkongsi gambar terkini dalam laman Instagram, menerima pelbagai maklum balas netizen yang terkejut dengan imej baharu itu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa bersyukur, gambar itu mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan pemakanan sihat.
“Alhamdulillah. Nasihat saya, boleh turunkan berat badan tanpa perlu makan pil atau jus kurus.
“Tetapi, kena kuatkan semangat dan banyak sabar. Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun begitu, bukan boleh berlaku sekelip mata,” katanya.