Aeril Zafrel dedah harga sebenar ‘upah’ Salt Bae tabur garam pada dagingnya, terkejut semua

Aeril Zafrel dedah harga sebenar ‘upah’ Salt Bae tabur garam pada dagingnya, terkejut semua. Sebelum ini, perkongsian pelakon Aeril Zafrel menjadi perhatian ramai memaparkan sedang menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal, Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.

Apa yang menjadi bualan Aeril dilihat hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya selepas menerima jumlah harga makanan tersebut mencecah RM10,065.

Memetik Utusan Online, Aeril berkata harga makan yang dinikmatinya itu tidak mahal sebagaimana yang disangka oleh orang ramai.

Bagaimanapun, katanya lagi stik yang dinikmatinya itu berbaloi dengan bayaran kerana rasanya yang sedap ditambah dengan momen manis dihidangkan oleh Salt Bae.

“Sebenarnya harga dia biasa saja. Tapi sebab kita tukar mata wang, itu yang nampak mahal. Ada cas tersembunyi, dia tabur garam dan potong daging dah RM1,000.

“Untuk momen itu bukan senang agaknya sebab Salt Bae kira top di dunia. Rugi juga kalau tak rasa. Pengalaman tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril berkata dia tidak akan menolak untuk kembali ke restoran cef terkenal itu lagi jika ke negara lain seperti Turki.

“Restoran Salt Bae satu dunia ada, jadi kalau saya pergi Turki, memang akan pergi lagi. Memang sedap, tak pernah makan stik sesedap itu.

“Bila kita pergi bercuti, sebenarnya kalau berkira sangat baik tak payah pergi. Saya pun bukan guna duit sendiri, kongsi dengan kawan-kawan,” katanya.

Baca Juga :

Cara buat minyak masak sendiri guna biji kelapa sawit, jimat banyak!

‘Rupanya dah selalu ‘jadi’ tapi… ‘, isteri pegawai RAMD 21 bongkar cerita sebenar

Usahawan ini dedah gaji sebenar tukang cuci Masjidil Haram, tak sangka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *