Seorang ahli perniagaan Arab Saudi rebah secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia sewaktu berucap dalam sebuah persidangan di Kaherah, Mesir baru-baru ini, lapor News.com.au.
Ahli perniagaan itu, Muhammad Al-Qahtani merupakan pengerusi Lembaga Al-Salam Holding Company dan memegang beberapa jawatan kehormat lain sebagai duta muhibah dan menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau ketika itu sedang menghadiri Persidangan Arab-Afrika yang dijalankan di Kaherah yang turut dihadiri oleh wakil badan, organisasi antarabangsa serantau, duta-duta serta personaliti negara Arab lain.
Menurut Arabi21, pada awalnya beliau memberi ucapan yang bertajuk “Menyokong Pencapaian Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi” dan dalam masa sama, sempat memuji Presiden UAE, Mohammed bin Zayed.
Bagaimanapun semasa berucap tentangnya, Muhammad tiba-tiba rebah ke belakang dan terus terlentang di atas lantai. Suasana yang pada asalnya tenang terus bertukar menjadi kecoh.
السيسي عميد الإنسانية ورجل السلام، بوووووم 💥
سَتُكمِلُها يوم البعث يا قحطاني pic.twitter.com/ie4Ma02NTa— عبدالله الشريف (@AbdullahElshrif) August 9, 2022
Detik-detik Muhammad jatuh ke belakang dan tidak sedarkan diri ketika memberi ucapan itu sempat dirakam oleh beberapa individu yang berada di situ pada masa kejadian.
Sementara itu, seorang Youtuber Mesir, Abdullah Elshrif menulis bahawa Muhammad meninggal dunia selepas dibawa ke bilik lain oleh pengawal keselamatan di persidangan itu.
Bagaimanapun, punca kematian pengerusi syarikat lembaga itu masih tidak diketahui lagi sehingga kini.
Berita Muhammad yang tiba-tiba rebah semasa berucap memuji Fattah itu tular dan meraih perhatian ramai, khususnya warganet Mesir sendiri.
Ia juga dilapor dalam beberapa agensi berita antarabangsa.
baca :
Kapal LCS dilancar di Lumut pada 2017 adalah kapal betul, bukan replika – bekas Panglima TLDM
Peguam Najib ugut tarik diri jika mahkamah teruskan tarikh bicara minggu depan
Tular video lelaki sedang curi motor tetapi tertinggal anak pula