Ahli Politik kena terkam, raba oleh sekumpulan wanita

Ahli Politik kena terkam, raba oleh sekumpulan wanita

Ahli Politik kena terkam, raba oleh sekumpulan wanita. Tular di media sosial, video seorang ahli politik yang mendapat sokongan luar biasa hingga diterkam, ditarik dan dicium golongan wanita berusia dalam kejadian di Purwakarta, Indonesia, pada hari Ahad lalu.

Golongan wanita berusia taksub?

Menerusi video berkenaan, difahamkan seorang ahli politik dari daerah Purwakarta, Indonesia telah menghadiri sebuah program kesihatan sebelum menjadi mangsa golongan wanita berusia tanpa segan silu.

Bukan itu sahaja, golongan wanita tersebut dilihat turut menarik bajunya sebelum tiba-tiba mencium ahli politik berkenaan.

Aksi golongan wanita tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut kerana golongan wanita berkenaan bertindak sedemikian. Selain itu, ada pula yang geli melihat perlakuan tersebut.

Netizen turut berharap perkara memalukan seperti ini tidak akan berulang lagi meskipun kesemua mereka ingin memberikan sokongan padu kepada mana-mana wakil politik.

Rupanya nilai haiwan ni bernilai RM4,000 sekilo, “kanak-kanak selalu buat main dekat luar”

‘Dr Mahathir hampir jatuh’ – Tun Siti Hasmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *