Akhirnya Banglo ‘seram’ di KL yang pernah tular berjaya dijual RM4.4 Juta, ini pemiliknya

Setelah bertahun-tahun banglo mewah terletak di Bukit Gasing ini terbiar sepi tanpa ada pembeli, akhirnya rumah tersebut terjual pada harga RM4.4 juta hari ini.

Berita itu yang dikongsikan pakar hartanah lelong, Muhammad Ishaq telah mendapat perhatian netizen.

Ramai berpendapat pemilik baharunya itu mendapat rumah tersebut pada harga ‘durian runtuh’ kerana dipercayai nilai pasaran semasa boleh mencecah puluhan juta ringgit, memandangkan rumah tersebut berada di atas salah satu hartanah mewah di Malaysia.

Banglo terbiar ini sering dikaitkan dengan kewujudan entiti makhluk halus, lebih-lebih lagi orang ramai sering memperkatakan pemilik asal rumah tersebut dikaitkan dengan kes pembunuhan dan ritual mistik.

Dalam hantaran Facebook pada Oktober 2021 lalu, Muhamad Ishaq menceritakan secara ringkas mengenai banglo tersebut. Rumah terbabit dipercayai milik Raymond Goh atau panggilannya adalah Shihan Goh yang kini sudah berusia 61 tahun dan beliau menggadaikan rumah tersebut kepada bank pada 15 Mac 2013.

Shihan Goh dipercayai seorang penganut Kristian yang kuat berdasarkan penemuan beberapa tanda-tanda salib di beberapa bahagian dalam banglo tersebut.

Dalam masa yang sama, Shihan Goh juga merupakan seorang master dalam seni mempertahankan diri (jiu-jitsu). Beliau juga pernah menerbitkan buku agama Kristian yang bertajuk ‘The Aquarian Bible Awakening Thru Cosmic Link Omnipotentology’ pada tahun 2002.

Berita banglo ini sudah terjual sudah pasti membuatkan orang ramai ternanti-nanti untuk mengetahui siapakah individu yang akhirnya membeli banglo usang yang sering dikaitkan dengan cerita-cerita mistik.

Pada masa sama netizen mahu melihat sama ada pemilik baharu mahu membangunkan semula rumah tersebut dan kembali menghuni semula di dalam banglo yang telah dibiarkan usang selama bertahun-tahun.

Sepupu dedah peribadi sebenar Sultan Kedah, tak ramai yang tahu

Fakta sebenar tuala wanita yang ramai tak tahu, “dulu moyang kita pakai daun kering je”

Nasi Lemak paling mahal di dunia ditemui, nak pengsan tengok harga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *