Akhirnya Bella hadir ke mahkamah untuk pengecaman

Akhirnya Bella hadir ke mahkamah untuk pengecaman. Remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella hadir dalam sesi pengecaman prosiding kes menganiaya remaja oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.

Selain Bella, dua remaja berusia 15 dan 17 tahun serta tiga kanak-kanak berusia empat dan tiga tahun turut hadir bagi prosiding sama.

Dijadualkan untuk hadir dalam sesi berkenaan ialah saksi terdahulu iaitu saksi pertama (SP1), rakan baik tertuduh, Zurianty Sudin, 39; SP5, bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood, 19 dan SP8, Pegawai Penyelidik Undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40.

Difahamkan, remaja itu dibawa masuk ke bilik saksi pada jam 8.50 pagi ini oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan disambut oleh peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Sementara itu, Khairul Anwar ketika ditemui media berkata, pasukan peguam pemerhati menyambut Bella sebentar tadi dan remaja itu berada keadaan sihat.

“Diharapkan keadaan Bella kekal stabil sehingga selesai prosiding hari ini terutama ketika proses pengecaman saksi sebentar lagi.

“Pihak peguam pemerhati merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JKM kerana telah melindungi dan menjaga anakanda Bella sehingga kembali sihat,” katanya

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa seramai enam kanak-kanak dan tiga dewasa belum tiba di mahkamah untuk sesi pengecaman.

“Memandangkan hanya sebilangan saksi yang sudah tiba, maka pihak kami memohon agar prosiding diteruskan dengan pemeriksaan semula saksi kelapan,” katanya.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun.

Prosiding di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung sebentar lagi.

BACA:

Pilu..Nurse dedah pengalaman rawat Bella, “jerit tiap malam, tak lena tidur..”

10 fakta baru kes dera anak OKU Bella, nombor 9 paling kejam!

Siapa Mak Ayahnya? Bagaimana Bainun jumpa? Ini rupanya asal usul Bella

Leave a Reply

Your email address will not be published.