Aksi budak selamba raba wanita atas motosikal jadi tular, “anak sapa ni?”

Aksi budak selamba raba wanita atas motosikal jadi tular, "anak sapa ni?"

Aksi budak selamba raba wanita atas motosikal jadi tular, “anak sapa ni?”. Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan nekad raba dan cium seorang penumpang motosikal wanita dalam kejadian di sebuah jalan raya di Bandung, Indonesia.

Memetik laporan Detik.com, aksi raba dan cium penumpang motosikal itu dipercayai telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Menerusi video itu, penunggang motosikal dilihat sedang berhenti di simpang jalan di Pasirkaliki-Sukajadi, Bandung.

Tidak lama kemudian, dua kanak-kanak itu datang dan meraba serta mencium punggung wanita tersebut.

raba dan cium penumpang motosikal

Sementara itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung, Idris Kuswendi berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai insiden tersebut.

“Kedua-dua kanak-kanak itu telah dapat dikesan. Kami juga sudah memanggil ibu bapa mereka untuk membantu siasatan,” katanya.

raba dan cium penumpang motosikal

Hasil siasatan juga mendapati bahawa kedua-dua kanak-kanak itu bukan anak jalanan.

Difahamkan, mereka adalah penduduk di kawasan sekitar dan sememangnya sering keluar bermain di jalan raya.

“Mereka penduduk di sekitar situ, cuma budak-budak nakal. Kadang-kadang mereka bermain di atas jalan,” kata Idris.

BACA JUGA:

Wanita terkejut JPN tukar agamanya di surat beranak, dah usia 27 tahun baru sedar

Pegawai polis minta bantuan bomoh cari suspek kes bunuh digantung kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *