“Aku dah serik main projek kerajaan..”, wanita dedah proses sebenar minta projek kerajaan yang korang takkan percaya

“Aku dah serik main projek kerajaan..”, wanita dedah proses sebenar minta projek kerajaan yang korang takkan percaya.

Tular baru-baru ini dengan luahan seorang kontraktor serik untuk menjalankan projek yang ditawarkan oleh kerajaan. Apa yang diluahkan wanita ini adalah berkenaan sub-con yang menyebabkan kerugian kepada kontraktor.

Ini kisah yang dikongsikan wanita tersebut.

———-

Salah satu sebab kenapa aku tak nak masuk tender2 projek ni especially tender kerajaan. Selain daripada mentaliti yang aku kurang suka, soal payment juga buat aku tak percaya nak join tender. Bukan nak kata semualah. Tapi mostly macam nilah level dia.
Gambarajah tu contohnya. Tapi korang kena faham bawah main-con ni memang akan sub-sub seperti sub-con builders, carpenter, eletrical, mechanical, landscape, cleaner. So boleh bayangkan sub-con, sub lagi kepada sub-sub yang lain. Bertambahlah con con mannya. Kakakkakka
Pernah gak lost berpuluh ribu masa join tender dengan kawan dapat projek buat surau kat JB. Buat surau ok. Dengan harapan dapat pahala tapi haprak pun tak dapat.
Boleh pula middle man tu cakap, ini projek buat surau, anggap jerlah sedekah.
Punggoq dia. Kalau nak sedekah jangan cakap pasal projek. Cakap je nak buat amal jariah. Bolehlah aku derma sejuta terus.
Main con ni biasanya kroni besar. Memang dah salam kaut dah dengan client. Dah lancing-lancing kat karaoke or bershoppong kat oversea. Biasalah dah tabur macam-macam sebab nak dapat projek.
Main-con sub kat sub-con kroni juga yang dah buat benda yang sama kat main-con dengan perjanjian nilai projek yang dah menguntungkan main con. Untung atas angin.
Dan it goes sampailah sub con level ke-5. Seperti dalam carta. Ada sub-con yang terpaksa keluar capital sendiri sampai beratus ribu. Main con bayar ikut percentage tapi nak kerja cepat siap. So terpaksalah keluar duit sendiri. End-up sub con yang bawah sekali tak dapat pun duit dia. Peojek dah habis. Sadis weih.
Dan inilah yang den cerita dalam peruntukkan dan dana-dana dalam belanjawan yang diwar-warkan.
Apa ke lojik buat building sampai 800 juta tapi lagi lawa masjid Sendayan yang kosnya baru 100 juta. Tapi ini guna duit persendirian tak kisahlah nak berapa juta pun.
Sama juga minta duit nak betulkan padang bola untuk stadium sampai 3 juta tapi bila dah buat sendiri kos baru 900k.
Sebab itulah kita dengar duit banyak tapi tak nampak ke mana duit tu pergi.
Den sebut pasal sekolah cina dengan sekolah kebangsaan sebab memang nampak sangat bezanya.
Ada juga yang dapat peruntukan tapi langsung tak nampak bangunan. Tapi tak ada siapa yang mampu buat apa-apa.
Itu yang aku selalu sebut. Orang-orang atasan yang buat perangai macam ni semua tak takut mati. Semoga Allah beri balasan setimpal pada mereka yang menganiaya golongan bawahan.
Ameen
BACA: 

Leave a Reply

Your email address will not be published.