Anak Anwar ‘bocor’ makanan kegemaran PM-10, siap kongsi resipi lagi

Puteri ke-4 Anwar dedah makanan kegemaran PM-10, siap kongsi resepi

Puteri keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Iman mendedahkan makanan kegemaran papanya.

Memetik laporan Nona, papanya suka makan cekodok, walau ada banyak hidangan yang lain, Iman mengatakan papanya tetap akan memilih hidangan itu untuk mengalas perut.

Sudah pasti cekodok antara kuih lagend yang ramai penggemarnya. Cara memasaknya juga ada pelbagai cara. Selain menggunakan pisang, cekodok juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan yang lain seperti udang, bawang dan macam-macam lagi.

Seperti yang kita tahu, cekodok biasanya akan dimasak menggunakan tepung gandum. Tetapi untuk resepi yang dikongsikan hari ini, cekodok akan dicampurkan dengan tepung beras untuk mendapatkan tekstur cekodok yang rangup diluar.

Bahan memasak yang digunakan dalam penyediaan cekodok ini juga hanyalah memerlukan 5 bahan sahaja. Yang mana dua antara bahannya adalah gabungan antara tepung gandum dan juga tepung beras.

Jadi jom kita tengok resipi cekodok pisang yang disukai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Resipi Cekodok Pisang

Bahan memasak yang digunakan dalam penyediaan cekodok ini juga hanyalah memerlukan 5 bahan sahaja. Yang mana dua antara bahannya adalah gabungan antara tepung gandum dan juga tepung beras.

Bahan-bahan:

500 gram pisang
80 gram tepung gandum
80 gram tepung beras
1/4sudu soda bikarbonat
1 sudu besar gula
Cara membuatnya:

1. Lenyekkan pisang sehingga hancur.

2. Masukkan semua bahan.

3. Kacau hingga semuanya sebati.

4. Panaskan kuali. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat dan comel, boleh gunakan tangan sahaja.

5. Kemudian, balik-balikkan cekodok sehingga masak sekata. Guna kuali legend lagi power masaknya.

6. Siap untuk dihidangkan panas-panas dengan minuman kegemaran.

Mudahkan nak buat cekodok ni. Dah siap nanti bolehlah hidang dengan kopi atau teh panas! Petang-petang makan cekodok pisang dah menjadi kebiasaan orang ramai. Daripada membelinya diluar, lebih baik buat sendiri.

Selamat mencuba!

Video gadis cantik ini makan terima komen lucah melampau dari jejaka melayu

Semua sami di Tokong kantoi ketagih dadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *