Anak buah terjatuhkan kokain RM136 Juta dalam laut, tokan dadah mengamuk suruh cari balik

Anak buah terjatuhkan kokain RM136 Juta dalam laut, tokan dadah mengamuk suruh cari balik. Sekumpulan penyeludup dadah berdepan detik ‘cemas’ selepas barangan terlarang yang dibawa mereka di atas sebuah kapal terjatuh ke dalam laut.

Memetik laporan Daily Star, dadah jenis kokain yang memiliki berat lebih 54 kilogram itu dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku semasa sekumpulan penyeludup dadah terbabit mahu mengambil barangan terlarang itu dari sebuah kapal.

Namun mereka tersilap langkah sehingga menyebabkan dadah jenis kokain yang bernilai hampir RM136 juta itu lesap ke dalam laut. Hal tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa marah ketua kumpulan berkenaan.

Berikutan daripada itu, salah seorang daripada penyeludup terbabit bertindak terjun ke dalam laut untuk mencari bungkusan kokain tetapi malangnya mangsa dipercayai lemas dan meninggal dunia.

Menurut sumber, kes penyeludupan itu hanya terbongkar selepas pihak berkuasa menemui mayat mangsa terapung di pelabuhan Newscastle, Australia.

Pihak polis kemudian melakukan operasi pencarian dan akhirnya mereka berjaya menemui bungkusan kokain yang diletakkan dalam sarung kalis air. Penemuan tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.