Anak Najib samakan bapanya dengan Nelson Mendela, peguam ni bagi paku buah keras

Selepas Selangor, Pulau Pinang pula tarik gelaran 'Dato Seri' Najib

Baru-baru ini anak Najib ‘claim’ kata bapanya sama nasib dengan pemimpin lagenda Nelson Mandela. Sekali peguam ini jawab dengan beri fakta sebenar:-

‘TAK SAMA DAN TAK SERUPA’

Mandela Persiden Kulit Hitam Pertama. Yang memerintah South Africa. Perjuangan dia dari awal melawan penjajah tanah air. Semuanya omputih. Sampai mereka bagi dia peluang memimpin.

Masa sebelum jadi Persident orang gelar dia “Rolihlahla” bermaksud “trouble maker” atau pembuat kacau. Lepas dah berkuasa, mereka gelar dia “Madiba”. Sama nama suku kaum dia.

Mandela seorang Lawyer. Tok nenek dia pula memang pendekar dan ada darah keturunan raja. Memang dah built in jadi pemimpin ulung negara.

Sebelum jadi Presiden, dia masuk penjara selama 27 tahun lamanya. Semuanya atas kesalahan melawan pemerintah. Atas dasar Apartheid mereka.

Walaupun lawyer, takde pulak rekod dia salahkan Hakim Mahkamah atau fitnah mereka terima rasuah. Dia terima seadanya. Pengampunan pun tak diminta. Suku usia dia dihabiskan di penjara.

Masa dia naik jadi Presiden, dia satukan negara. Tak kira apa bangsa dan agama. Masa tu Afrika Selatan boleh menang Piala Dunia. Rugbi la bukan bola sepak. Tiada siapa pun jangka.

Keluarga dia rilex je. Isteri dia pulak jarang masuk paper. Takde pulak pakai handbag atau kasut mewah. Mereka hidup bersederhana. Langsung takde kes sakau harta negara.

Mandela lepaskan jawatan Presiden sendiri. Lepas dia groom pemimpin muda dalam Parti. Mereka menang pilihanraya besar2an. Takde pulak kalah sebab Rakyat jatuhkan.

Mandela terkenal seluruh dunia, sebab pemimpin yang bijak, adil dan berhati rakyat. Prinsip dan nilai kepimpinan dia diangkat sebagai pedoman. Corak hidup beliau yang zuhud dan sederhana, orang tabik!

Now you tell me. Ada ex-PM dikatakan macam Mandela juga. Pada saya bagai langit dan bumi.

Tak sama dan langsung tak serupa.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini, sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia

Pemuda kantoi rakam lelaki tengah ‘membuang’ di tandas awam, penuh koleksi dalam HP

Makin keliru, Muhyiddin tuntut penjelasan dari PAS malam ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.