Angkara peniaga jeruk mangga tepi jalan, motor kemalangan dengan Nissan X-Trail

Walaupun telah diingatkan berkali-kali, namun masih ramai orang yang berdegil dan terus menjual di lampu isyarat. Malah, penjaja yang didapati meniaga di lampu isyarat boleh didenda sehingga RM2,000.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kereta Nissan X-Trail dengan sebuah motosikal.

Menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat kereta Nissan X-Trail itu yang mahu mengelak kereta Axia yang berhenti di tengah jalan untuk membeli jeruk mangga mengakibatkan sebuah motosikal menghentam kereta Nissan X-Trail terbabit.

Selepas itu, kereta Nissan X-Trail bertindak meninggalkan tempat kejadian dan kereta Axia itu juga meneruskan perjalanan. Penunggang motosikal itu dilihat tidak mengalami kecederaan parah dan dibantu oleh penjaja mangga jeruk dan juga penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana pemandu tersebut bertindak melarikan diri seolah tidak mahu bertanggungjawab.

Malah, para netizen juga berkata perkara ini dapat dielakkan jika penjaja menjual di tempat yang sewajarnya. Tambah netizen, inilah sebab kenapa penjualan di lampu isyarat dan tepi jalanraya kerana mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.

Ustazah cantik dari Malaysia ini nekad buat rumah sendiri, “tak ada bejet upah orang”

Rakyat India desak Berlian di mahkota Queen Elizabeth dipulangkan, apa kes ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published.