Anwar dedah punca sebenar tak bagi Sivarasa tanding Sg Buloh, ramai terkejut. Anwar Ibrahim berkata, penyandang Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa digugurkan atas faktor kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi itu.
Pengerusi PH itu dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, beliau tidak menyalahkan pihak yang mahu Sivarasa kekal di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15.
“Sivarasa itu peguam saya dan kawan baik saya dan telah berkhidmat tiga penggal dan keadaan kesihatan…kita tengok juga ada isu, jadi apabila dia pergi (berkempen) dilihat dengan keuzuran beliau, itu akan mengesankan.
“Jadi, saya sudah beri pertimbangan masalah itu dan kita boleh tonjolkan tokoh yang boleh mengalahkan Khairy Jamaluddin (calon Barisan Nasional),” katanya menurut laporan akhbar itu.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan beliau mengesyorkan Sivarasa terus dicalonkan di kerusi itu dan jawatankuasa pencalonan parti juga berpandangan sama disebabkan rekod prestasinya di Parlimen berkenaan.
Tetapi, katanya, Anwar mempunyai pandangan berbeza dan keputusan muktamad terletak pada presiden PKR itu.
PH menggantikan Sivarasa dengan bekas bendahari agung MIC, R Ramanan.
Sivarasa memenangi kerusi Sungai Buloh dengan majoriti 26,634 undi dalam pertembungan empat penjuru pada 2018.
Jackpot RM143 Juta, lelaki nekad rahsiakan kemenangan, risau isteri jadi malas
PH namakan timbalan Ketua Pengarah JPA calon MB Perak