Anwar Ibrahim isytihar ada harta RM11.1 Juta

Anwar isytihar ada harta RM11.1 Juta

Anwar Ibrahim isytihar ada harta RM11.1 Juta. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan aset bersih miliknya dianggarkan berjumlah RM11,178,667.80 setakat 31 Oktober 2022.

Pengisytiharan harta itu dimuat naik menerusi laman web calonkeadilan.org dengan surat perakuan bertarikh hari ini.

Semakan mendapati Anwar memiliki aset hartanah dan kediaman bernilai RM10,350,000 membabitkan milikan tanah di Segambut Dalam; Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang, Mukim Bentong di Pahang dan Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan aset tunai dan simpanan berjumlah RM828,667.83.

Anwar turut mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson sebanyak RM21,755.80.

Terdahulu Anwar mengesahkan beliau membuat pengisytiharan harta sebagai syarat ditetapkan partinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau menjelaskan, kelewatan berbuat demikian adalah kerana jadualnya padat.

Isnin lalu, aset bersih terkumpul membabitkan 80 calon PKR yang bertanding peringkat PRU15 ini adalah melebihi RM354 juta, seperti yang disiarkan calonkeadilan.org.

Bagaimanapun, ketika semakan dibuat, dokumen dalam format PDF untuk pengisytiharan harta milik Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, belum dimuat naik.

Status aset Wan Azizah akan dikemas kini.

Duit syiling 1 sen sekarang bernilai RM10,000, selongkar bawah karpet rumah anda sekarang

Penting! Jangan start enjin dulu, ini cara ‘claim’ insurans kereta kalau kena banjir

Cara buka kedai runcit, 10 barang asas ni wajib ada