Apa dah jadi bisnes susu Neelofa? Beribu kena buang dalam tong sampah

Apa dah jadi bisnes susu Neelofa? Beribu kena buang dalam tong sampah

Apa dah jadi bisnes susu Neelofa? Beribu kena buang dalam tong sampah. Selain daripada produk inai yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Neelofa juga mempunyai perniagaan lain seperti jenama susu Nilofa. Baru-baru ini pula, tular rakaman produk minuman milik selebriti itu yang dibuang ke dalam tong sampah.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan produk susu Nilofa perisa mangga yang berada di dalam sebuah tong sampah besar.

Malah jumlah yang dibuang di dalam tong sampah itu juga dilihat sangat banyak sehinggakan penuh dengan produk susu tersebut.

Pemilik video turut meluahkan rasa hairan dan tertanya-tanya mengapakah ada yang membuang produk susu tersebut dalam kuantiti yang banyak. Namun ada yang mendakwa kemungkinan besar produk tersebut telah melepasi tarikh luput dan tidak boleh lagi dijual mahupun diminum.

@anakradzon what's going on ?? kenapa kah? mengapakah? #fypindonesia #fypmalaysia #fypageシ #fyp #fypシ #fypinfo #fypsounds #fypgakni #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypforyoupage #fypforyou #fypsarawak #fypviral #fypシ゚viral ♬ Oh No – Kreepa

Perkongsian video itu juga turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang mempertikaikan tindakan pihak pengeluaran melakukan pembuangan besar-besaran itu.

Malah ada yang mencadangkan sepatutnya pihak pengeluaran memeriksa dahulu tarikh luput produk dan memberikan secara percuma kepada orang ramai untuk mengelakkan pembaziran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terkejut melihat pembuangan besar-besaran produk jenama Neelofa ini.

Tidak kurang juga yang mengkritik tindakan mereka yang membuang produk itu ke dalam tong sampah yang sepatutnya boleh dibendung lebih awal dengan cara yang lebih baik.

Kenali pengemis tercantik di dunia, dekat je dengan Malaysia

Tular video wanita tudung labuh terajang perogol, sikit lagi…

Bajet 2023: 10 perkara penting ini wajib anda tahu, nombor 6 paling best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *