Asal usul nama Proton Saga, ingatkan ambil dari dari buah saga. Sebenarnya nama Proton Saga ni bukanlah terinspirasi dari biji saga tau.
Kalau nak tahu, tercetusnya nama Saga ni apabila Proton membuat pertandingan mencari nama model pertama kereta mereka dan ia telah menarik ramai perhatian masyarakat Malaysia kerana mereka menerima 102,823 penyertaan.
Kalau dah beratus ni memang banyak la nama yang keluar, tapi keputusan akhir, Proton memilih tiga nama: Saga, Perdana dan Gagah. Akhirnya, mereka memilih Saga sebagai nama model pertama kereta. Oh ye bukan sorang je yang bagi cadangan nama Saga ni tapi 11 orang.
Kisah nama Saga ni bermula dari seorang sarjan bernama Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang.
Pada waktu itu, beliau sedang melepak dan bermain sahibah bersama rakan-rakannya dan beliau menyusun perkataan ‘SAGA’ iaitu kalau maksud dalam bahasa Inggeris—kisah yang panjang mengenai seseorang hero (agak janggal ayatnya tapi ni nak buat cemana).
Keratan akhbar mengenai beliau menang pertandingan itu. Imej dari Izackrie.
Daripada situ, beliau mendapat idea untuk memberikan maksud untuk setiap perkataan:
S: Safety, Stability.
A: Achivement.
G: Greatness.
A: Ability.
Takpela, lepas ni korang dah tahu frasa nama ‘Saga’ tu. Imej dari Imgflip.
Jadi, dari situlah datangnya nama Proton Saga itu dan beliau dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan itu.
Pengajarannya di sini, kalau korang ada idea menarik jangan simpan buat perkasam, tapi cuba kembangkan sampai ia menjadi satu kenyataan.
Proton Saga jadi kereta paling laris di Negara Kenya
Pertama kali dalam sejarah, anak Johor antara 100 paling kaya dalam dunia