Atlet MMA terkenal maut selepas kena tumbuk di kepala masa perlawanan

Seorang atlet Mixed Martial Arts (MMA) di India dilaporkan meninggal dunia selepas ditumbuk di bahagian kepala semasa perlawanan kejuaraan kickboxing yang berlangsung pada Ahad lalu.

Menerusi rakaman ketika kejadian, kelihatan mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Suresh berusia 23 tahun terus rebah selepas ditumbuk oleh lawannya pada bahagian muka. Susulan daripada itu, pengadil bertindak menamatkan perlawanan dan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia empat hari kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.

Menurut sumber, ayah mangsa nekad membuat laporan polis dan mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kecuaian pihak penganjur.

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini selain gigih menjejaki penganjur perlawanan, Naveen Ravishankar yang masih ‘hilang’.

Sebagai rekod, Nikhil mula menceburkan diri dalam sukan kickboxing dua tahun lalu dan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kickboxing K-1 peringkat negeri anjuran K-1 Kickboxing Association of Karnataka di India. Dia juga telah menyertai Kejohanan MMA Terbuka ke-6 di Karnataka selepas beraksi dalam Kejohanan MMA India ke-5 di Madhya Pradesh baru-baru ini.

baca :

Lelaki buat ‘sedekah jumaat’ beri rokok kepada jemaah masjid di Selangor tarik perhatian

Kelibat wanita baju putih berambut panjang ‘tumpang’ duduk atas kereta berjaya dirakam

Wad kanak-kanak penuh, orang ramai jadi bimbang penyakit ini semakin merebak

Leave a Reply

Your email address will not be published.