Aunty Cina besarkan gadis islam terima Anugerah Maulidur Rasul . Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.
Chee yang berusia 83 tahun yang dipilih atas jasanya membesarkan seorang kanak-kanak beragama Islam mengikut ajaran Islam. Dia menerima anugerah berkenaan di dalam kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Wanita itu membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang beragama Islam pada usia dua bulan selepas ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan pembantu warga Indonesia tempat Chee pernah bekerja.
Ketika membesarkan Rohana, Chee berusaha memastikan Rohana tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Rohana, yang tidak mempunyai kerakyatan, dianugerahkan kerakyatan Malaysia pada April selepas mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rohana juga kini sedang mengikuti pengajian sains komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Penerima lain Anugerah Maulidur Rasul 2022 termasuk penyanyi dan pengacara Syazrina Azman, atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina; pensyarah Universiti Malaya Azizan Baharudin; penerbit eksekutif penyiaran Ahmad Noor Sulaiman; Pengerusi Yayasan Zikay Khay Ibrahim; dan kaunselor berdaftar Hushim Salleh.
Sementara itu, tokoh korporat Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Berlian merah jambu paling unik di dunia ini berjaya dijual RM264 Juta
Cicit-38 Nabi datang Malaysia adalah ‘scammer’? Pakar tampil dedah hal sebenar