Awie mengamuk! Nak tampar pelakon Mentega Terbang

Awie mengamuk! Nak tampar pelakon Mentega Terbang

Penyanyi rock legenda, Dato’ Awie meluahkan rasa berang dengan pelakon Melayu yang melakonkan babak kontroversi dalam filem Mentega Terbang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, vokalis utama kumpulan Wings ini berkata mahu menampar pelakon yang sanggup membawa watak dalam filem yang mencetuskan kegusaran ramai itu.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 11,000 tanda suka dan 1,000 komen selepas satu jam dimuat naik.

Netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan pelakon yang didakwa sanggup menggadaikan maruah agama dengan alasan berkarya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem ‘panas’ terbabit.

Jangan defrost ayam cara macam ni kalau tak nak keracunan, ramai buat benda ni

“Kau akan hidup di alam lain lepas ni dik” – Budak selamba baring atas tudung bergosok elok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *