Azalina Othman letak jawatan penasihat khas PM

Azalina Othman letak jawatan penasihat khas PM

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bukan lagi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Memetik Sinar Harian, sumber mengesahkan, Azalina telah meletak jawatan itu pada Selasa.

Sebelum itu tular di Twitter Azalina telah meletakkan jawatan berkenaan, namun laporan sebuah portal menafikan perkara itu dengan memetik sumber terdekat UMNO.

Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

baca:

Altantuya kembali ‘hantui’ selepas Najib dipenjara, keputusan mahkamah bulan hadapan

Ismail kata belum tahu lagi siapa yang akan bentang Bajet 2023

Anak Najib menangis bapanya tak dapat minum starbuck dalam penjara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *