Bagaimana BlackPink boleh dapat ‘tauliah’ buat konsert di Malaysia? Ini kisah sebenarnya. BILAKAH BLACKPINK DAPAT TAULIAH?
Di bawah undang2 & peraturan Malaysia, konsert melibatkan artis luar negara perlu mendapat sokongan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), iaitu sebuah agensi penyelaras di bawah Kementerian Komunikasi.
Jadi bilakah penganjur konsert Blackpink dapat sokongan yang diperlukan itu?
OGOS 2022:
Blackpink umum buat konsert di Malaysia pada 4 Mac 2023
3 OKT 2022:
Penganjur membuat pra-permohonan ke Puspal
4 OKT 2022:
Penganjur bertemu dan ditemu ramah oleh Puspal
5 OKT 2022:
Penganjur menerima kelulusan jawatankuasa Puspal
15 NOV 2022:
Tiket mula dijual
17 NOV 2022:
Tiket sold out
19 NOV 2022:
PRU ke-15
24 NOV 2022:
PN hilang kuasa, Kerajaan Perpaduan baharu terbentuk
4 MAC 2023:
PN salahkan Kerajaan Perpaduan sebab membenar konsert Blackpink
Dia yang lulus, dia yang bantah 😂