Bajet 2023: 10 perkara penting ini wajib anda tahu, nombor 6 paling best!

Bajet 2023: 10 perkara penting ini wajib anda tahu, nombor 6 paling best!

Bajet 2023: 10 perkara penting ini wajib anda tahu, nombor 6 paling best!. Baharu saja tadi berlangsung pembentangan Bajet 2023 yang dibuat oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berlangsung di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia dengan peruntukan sebanyak RMm372.3 bilion dari kerajaan serta memfokuskan kepada 3R iaitu responsif, bertanggugjawab (responsible) dan reformis.

1. Subsidi bil elektrik

Sebanyak RM2.5 bilion diperuntukan akan menguntungkan lebih 450,000 isi rumah dengan subsisdi bil elektrik diberi sehingga RM40 kepada setiap isi rumah dengan syarat pendapatan kemiskinan yang dinaikkan dari RM980 hingga RM1,167.

Bajet 2023: 10 perkara penting ini wajib anda tahu, nombor 6 paling best!

2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sementara itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) memberikan bantuan sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 diberikan bagi keluarga dengan pendapatan isi rumah bahawa RM2,500 dengan jumlah 1 hingga 4 orang anak. Manakala RM500 hingga RM1,250 bantuan untuk pendapatan isi rumah RM2,500 hingga RM5,000 dan ianya bergantung kepada bilangan anak.

3. Cukai pendapatan individu sebanyak 2%

Cukai pendapatan indivivdu pula dikurangkan kepada 2% pendapatan bulanan dari RM50,0001 hingga RM100,000. Malah, pengecualian cukai pendapatan juga diberi kepada pekerja wanita selepas mereka kembali bekerja dari career break bermula tahun 2023 hingga 2028.

4. E-pemula dinaikkan sebanyak RM200

Berita gembira buat golongan belia di Malaysia yang berusia dari 18 hingga 20 tahun serta an pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas kerana bantuan E-pemula akan dinaikkan sebanyak RM200. Bantuan ini memperuntukkan wang sebanyak RM400 juta yang akan memanfaatkan lebih 2 juta penerima.

5. Saham ASB dinaikkan

Sementara itu, kenaikan had pegangan untuk Amanah Saham Berhad dan Amanah Saham Berhad 2 (ASB dan ASB 2) pula dinaikkan dari RM200,000 ke RM300,000.

6. RM150 untuk Bantuan Awal Persekolahan

Jika sebelum ini, sebanyak RM100 Bantuan Awal Persekolahan (BAS) yang diberikan kepada murid sekolah, ianya akan dinaikkan kepada RM150 dan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan keluarga bergantung kepada jumlah anak yang masih bersekolah.

7. Diskaun bayaran PTPTN

Kerajaan bercadang dan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 kepada para peminjam skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 20% untuk penyelesaian penuh, 15% penyelesaian (50% baki hutang) dan juga 15% penyelesaian untuk bayaran secara potong gaji.

8. Subsidi penerbangan, bina wheelchair ramp

Subsidi pengangkutan udara di pedalaman Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM209 juta dan penambahan laluan Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching juga akan dibuat serta kerajaan bercadang untuk membina wheelchair ramp.

9. Pembinaan taska OKU ditambah

Pembinaan Taska OKU baharu akan ditambah daripada 13 buah kepada 50 buah serta Baucar Perjalanan OKU melalui Perkhidmatan E-Hailing dengan peruntukan RM10 juta akan diberikan kepada golongan orang kelainan upaya. RM1.2 bilion turut diperuntukkan kepada OKU antaranya berkaitan dengan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak mampu kerja dan pekerja cacat. Pengecualian bayaran fi pendaftaran juga akan memanfaatkan golongan OKU.

10. Bantuan lumayan untuk petani

Bantuan kepada pesawah padi dengan peruntukan sebanyak RM228 juta akan memanfaatkan 240,000 penerima. Malah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) turut diberikan kepada pekebun kecil dengan peruntukan sebanyak RM256 juta. Subsidi sebanyak RM1.8 bilion untuk pesawah, nelayan dan pekebun kecil juga merupakan inisiatif dari kerajaan dan ianya termasuk dengan harga padi, baja padi, benih padi, insentif pengeluaran padi, insentif tangkapan hasil nelayan dan baja padi Huma.

Gadis 19 tahun ini ‘claim’ dirinya remaja paling kaya di Malaysia

Wanita tunjuk perangai sebenar bos Mydin, “ni kalau video ni tersebar..”

Fouziah Gous kata ada bukti suaminya ‘Datuk’ original

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *