Bakal pengantin usia 23 tahun kena raba, rogol oleh bomoh dari Kelantan

Bakal pengantin usia 23 tahun kena raba, rogol oleh bomoh dari Kelantan.

Seorang bomoh mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun dua minggu lalu.

Tertuduh Jusof Jaafar, 67, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun yang mana kerelaannya didapati dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.

Perbuatan itu dilakukan di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, jam 3 petang, pada 14 Oktober 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (F) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili Peguam Bela, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.

Mahkamah menetapkan Khamis sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan, bakal pengantin yang dikatakan mengalami gangguan makhluk halus mendakwa dirogol seorang bomoh di Tendong, Pasir Mas, ketika mendapatkan rawatan.

BACA:

Terima surat dari makmum wanita, imam tarawih terkejut baca isi surat, mohon nak jadi isteri pulak..

Geli baca..Puteri Sarah dedah chat ‘gersang’ antara suaminya dengan Ira Kazar

Pelik anak perempuan belum balik tarawih, rupanya kena cabul dengan pakcik tua ni

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.