Bapa ‘durjana’, kerat leher anak kandung sendiri berusia 5 tahun

Bapa ‘durjana’, kerat leher anak kandung sendiri berusia 5 tahun.

Seorang lelaki yang bergelar bapa telah ditahan polis selepas bertindak mengelar leher anak lelakinya yang berusia lima tahun. Insiden ngeri itu dipercayai berlaku di kediaman keluarga kecil ini yang terletak di Pekan Baru, Riau, Indonesia.

 

Kelar leher anak

Memetik laporan News Detik, pada awalnya suspek yang berusia 32 tahun bersama isteri berada di dalam bilik namun suspek tiba-tiba bertindak agresif dengan mengambil senjata tajam di dapur. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian menghampiri anak lelakinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum bertindak menetak mangsa yang baru berusia lima tahun itu.

Suspek dan isterinya pada awalnya berada di dalam bilik. Tidak lama kemudian, suspek tiba-tiba keluar dari bilik.

Isteri suspek yang melihat insiden ngeri itu terus menjerit meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian leher telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil daripada laporan kesihatan mendapati keadaan mangsa beransur pulih.

Difahamkan, suspek telah ditahan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis. Hasil soal siasat, suspek mengaku nekad mengelar leher anak lelakinya itu selepas mendapat satu bisikan.

Dia mengaku dapat bisikan, jadi harus ada yang perlu dikorbankan iaitu sama ada dirinya atau anaknya. Pelaku memilih anaknya untuk dikorbankan.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan kemungkinan ketika kejadian, suspek sedang berhalusinasi kerana bahan terlarang itu.

 

BACA:

Kecoh peniaga bazar jual peha ayam ‘harga yahudi, tokei gerai tampil bentang kos sebenar

Tersasul panggil ustaz sendiri ‘sayang’ dalam kelas online, sekali ini respon ustaz

Isteri tengah berpantang, suami ‘setan’ sanggup bagi ubat tidur rogol bini sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.