Baru angkat dari kedai, Lamborghini RM1.47 juta dah remuk teruk

Baru angkat dari kedai, Lamborghini RM1.47 juta dah remuk teruk

Seorang pemandu terpaksa ‘berputih mata’ apabila dia merosakkan kereta Lamborghini baharu miliknya yang berharga kira-kira £270,000 (RM1.47 juta) dalam satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di lebuh raya Thailand, lapor akhbar The Sun semalam.

Lima orang dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok.

Lamborghini Aventador kuning yang dimiliki lelaki dari Singapura itu mempunyai nombor pendaftaran berwarna merah, yang menunjukkan bahawa dia baharu sahaja membeli supercar tersebut.

Kereta itu boleh dipandu pada kelajuan mencecah 350 kilometer sejam (km/j) dengan jarak 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.8 saat.

Lelaki itu didakwa menyebabkan kemalangan di lebuh raya tersebut pada 5 November lalu, demikian menurut seorang jurucakap polis trafik.

Pegawai yang tiba di lokasi kejadian menemui beberapa tiang utiliti dan penghadang jalan berselerak di seberang jalan bersama beberapa kenderaan yang remuk.

Perkhidmatan kecemasan menemui kereta Lamborghini kuning itu tidak jauh daripada beberapa kenderaan lain yang rosak.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memandu laju berhampiran lapangan terbang dan menyebabkan pelanggaran selepas merempuh sebuah kereta Toyota.

Lamborghini itu kemudian melanggar tiang utiliti dan bekalang trap pikap sebelum merempuh penghadang lalu terbalik. Pemiliknya kemudian dibawa ke balai polis tempatan untuk disoal siasat.

Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu untuk menentukan sama ada tindakan lanjut akan diambil.

Gaji basic cleaner di Singapura cecah RM10K sebulan tak termasuk elaun lain

Orang dulu-dulu suka simpan duit di 9 tempat rahsia ini, cuba cek rumah nenek anda

Anwar Ibrahim isytihar ada harta RM11.1 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *