Maharani Energy Gateway, sebuah projek penambakan kawasan yang luas di luar pantai Muar untuk dijadikan hab minyak dan gas, disokong oleh individu yang mempunyai hubungan baik – khususnya dengan Istana Johor.
Memetik Malaysiakini,portal itu melaporkan bahawa projek itu adalah 55 peratus milik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Daing A Malek Daing A Rahaman, yang merupakan penasihat kepada sultan.
Turut menarik perhatian, rakan kongsi perniagaan mereka, K Energy Sdn Bhd (K Energy), memegang baki 45 peratus kepentingan dalam projek itu.
Firma itu dimiliki sepenuhnya oleh dua individu, Eric Ong Zong Ren, 28; dan Valerie Ong Huei Zhen, 29; yang masing-masing mempunyai 50 peratus kepentingan dalam K Energy.
Ini menimbulkan persoalan bagaimana dua individu yang muda itu mempunyai pengaruh sedemikian untuk menjalinkan perniagaan dengan sultan dan melibatkan diri mereka dalam projek penambakan besar-besaran yang ditetapkan bersamaan dengan satu perempat Putrajaya.
Jawapannya terletak pada alamat perniagaan berdaftar K Energy di Johor Bahru.
Semakan Malaysiakini mendapati beberapa perniagaan lain didaftarkan di alamat yang sama.
Semakan terhadap perniagaan tersebut mendapati ada sebuah nama berulang dari segi pemilikan, iaitu seorang doktor berusia 69 tahun yang bertukar menjadi ahli perniagaan Dr Ong Tun Tse.
Semakan latar belakang Malaysiakini mendedahkan bahawa Zong Ren, Huei Zhen dan Tun Tse mempunyai alamat kediaman berdaftar yang sama, menunjukkan bahawa ketiga-tiga Ong terbabit adalah berkaitan.
Penglibatan Tun Tse dalam kerja-kerja penambakan laut sememangnya terkenal, khususnya dalam projek Melaka Gateway.
Baki 60 peratus lagi dipegang oleh Siow Yoke Foong, yang berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif, manakala baki 0.25 peratus dipegang oleh M Yahya A Hamid.
Kisah projek Melaka Gateway adalah sama seperti projek Maharani Energy Gateway iaitu penciptaan pulau buatan manusia dengan janji visi yang besar.
Baca Juga:
Cara buat minyak masak sendiri guna biji kelapa sawit, jimat banyak!
Video pegawai kerajaan buat-buat pengsan bila ditanya isu wang hilang jadi bahan ketawa