Bekas isteri kahwin dengan Najib, akhirnya Fauzi Marzuki buka mulut

Bekas isteri kahwin dengan Najib, akhirnya Fauzi Marzuki buka mulut, Fauzi Marzuki memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu perkahwinan bekas isterinya, Hashimah Ramli, 53, bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor portal Getaran.

Malah, Fauzi berkata, dia sendiri tidak tahu berkenaan dengan dakwaan perkahwinan tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh orang lain.

1591974

Sekeping gambar tular yang didakwa Najib bersama isteri baharunya, Hashimah. — Twitter

No komen. Perkahwinan dia dengan Najib, tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia (Hashimah) bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa media cari saya tentang perkahwinan dia. Saya tiada kaitan dalam hal ini,” katanya.

Untuk rekod, Fauzi dan Hashimah berkahwin pada 1993 sebelum bercerai pada 2013.

Terdahulu pada Jumaat, tular gambar mirip Najib bersama wanita misteri yang didakwa Hashimah bersama menantu dan tiga orang anak, sekali gus membangkitkan desas-desus kedua-duanya sudah mendirikan rumah tangga.

BACA:

Faizal Azumu dikecam selamba ‘peluk’ pembaca berita TV3 wanita

Pengacara popular tampil buka cerita sebenar Najib dan wanita disebelahnya, “dah lama tahu..”

Dakwaan kahwin janda anak tiga, akhirnya Najib beri respon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *