Bekas PM Jepun ditembak semasa bagi ucapan. Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilapor diserang dan ditembak menggunakan shot gun oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika memberikan ucapan di Nara, lapor Nikkei Asia.
Menurut laporan ringkas berkenaan, Abe kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. Lelaki yang bertindak menyerangnya sudahpun berjaya ditahan oleh polis.
UPDATE | Shinzo Abe attacked in Nara, reportedly in cardiac arresthttps://t.co/9hqER1ycFT#Japan #Abe #ShinzoAbe
— Nikkei Asia (@NikkeiAsia) July 8, 2022
Manakala dalam laporan Japan Times pula, portal berita berkenaan melaporkan bahawa Abe telah ditembak dari belakang ketika sedang memberikan ucapan.
Pelaku yang merupakan seorang lelaki sudah ditahan atas cubaan membunuh.
BREAKING: Former Prime Minister Shinzo Abe has been shot in the city of Nara, NHK reports. pic.twitter.com/R6vshJ4Elh
— The Japan Times (@japantimes) July 8, 2022
BACA JUGA:
Manusia paling ramai follower di Tiktok, Khabib Lame rupanya hafiz Al-Quran
400 jemaah haji Malaysia kena ‘scam’ di malam jumaat, terkandas di KLIA saat akhir
Boris Johnson umum letak jawatan Perdana Menteri Britain