Berbillion harta karun milik Sultan Melaka ditemui, ada 84 peti semua

Berbillion harta karun milik Sultan Melaka ditemui, ada 84 peti semua

Berbillion harta karun milik Sultan Melaka ditemui, ada 84 peti semua. Harta karun berbillion ringgit milik Sultan terakhir Melaka dijumpai. Ratusan tan harta karun di Pulau Nangka dipercayai tersimpan di dalam 84 peti di gua pulau berkenaan dianggarkan bernilai berbilion ringgit.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Drs Mohd Nasruddin Rahman berkata, kesemua harta itu dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah sebelum tahun 1511.

Menurut beliau, antara kandungan di dalam peti berkenaan adalah dipercayai syiling emas Jawa kuno, jongkong emas, mahkota, persalinan dan berlian yang masih belum dapat dikeluarkan dari ‘perut’ gua di pulau berkenaan sehingga ini.

“Individu pertama yang menyaksikan sendiri jumlah 84 peti berkenaan adalah Allahyarham Ustaz Datuk Dr Haron Din itu pun setelah Allahyarham dapat berkomunikasi dengan ‘penjaga’ harta berkenaan.

“Hanya orang tertentu sahaja yang akan dibenarkan ‘penjaga’ untuk melihat harta karun berkenaan, malah dua pintu gua iaitu dari darat dan bawah laut pulau itu juga tidak mudah untuk ditemukan,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya di sini.

Mengulas lanjut Mohd Nasruddin kerja-kerja menggali harta karun berkenaan secara rasminya dimulakan PERZIM pada 1995 selepas kerajaan membeli pulau berkeluasan kira-kira 20 hektar berhwmpiran Umbai, Jasin itu daripada seorang ahli perniagaan.

HARTA karun ketika era Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai milik milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah sebelum 1511 yang dipercayai tersimpan di dalam gua sekitar Pulau Nangka.

“Seingat saya, sejak kerajaan membeli pulau ini pada 1995, sekurang-kurangnya empat syarikat dilantik untuk menjalankan kerja-kerja arkeologi namun tiada satu pun berjaya menyimpan harta karun dari pulau ini.

“Malah sehingga kini, tidak kurang 200 pakar dan ahli arkeologi dari seluruh dunia masih gagal untuk mengeluarkan harta karun ini menjadikannya terus menjadi misteri sehingga ke hari ini,” katanya.

Rabu lalu, portal MHI melaporkan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) Nurman Mohd Baroldin mendedahkan beratus-ratus tan harta karun termasuk syiling emas yang masih tertanam di Pulau Nangka berpenunggu menyebabkan usaha membawanya keluar masih menemui jalan buntu sehingga kini.

Menurutnya, ia disahkan melalui beberapa kajian menggunakan kaedah moden, saintifik dan ilmu ghaib sebelum ini malah kerja-kerja cari gali yang dilakukan pada 2014 juga tidak menjumpai harta karun berkenaan.

Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

Mengikut sejarah, pulau berbentuk nangka itu didakwa menyimpan harta karun dipercayai milik Sultan Mahmud Shah berupa wang emas, pakaian dan jongkong emas ketika era penjajahan Portugis pada tahun 1511.

Sekelip mata boleh jadi kaya jika ada duit kertas RM1 lama

Buah ajaib tumbuh di Gua Musang, boleh tukar rasa makanan pahit kepada manis

Pecatnya sebagai KPPA, Syafiq nak ambil tindakan undang-undang orang terlibat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *