Berlian merah jambu paling unik di dunia ini berjaya dijual RM264 Juta

Berlian merah jambu paling unik di dunia ini berjaya dijual RM264 Juta

Berlian merah jambu paling unik di dunia ini berjaya dijual RM264 Juta. Berlian yang jarang ditemui digelar sebagai “fancy vivid pink” dalam katalog telah dijual pada harga RM 264 juta dalam lelongan di Hong Kong, lapor The Thaiger.

Harga itu dikatakan meningkat dua kali ganda dari harga yang dianggarkan untuk berlian tersebut dan menjadi rekod dunia dalam penjualan berlian di lelongan.

Berlian Williamson Pink Star 11.15 karat itu dinamakan bersempena dengan satu lagi berlian merah jambu yang diberikan kepada Ratu Elizabeth II sebagai hadiah perkahwinan.

Berlian merah jambu paling unik di dunia ini berjaya dijual RM264 Juta

Ia telah dijual kepada pembeli tanpa nama di Sotheby’s Hong Kong pada hari Jumaat. Hubungan batu itu dengan mendiang ratu telah meningkatkan nilainya dalam lelongan.

Dipasang pada kerongsang bunga yang direka oleh Cartier pada tahun 1953, Williamson merupakan kegemaran Ratu Elizabeth dan memakainya semasa tempoh pemerintahannya, termasuk sewaktu jubli perak mendiang Ratu.

Beberapa berlian berkualiti tinggi di dunia telah menyaksikan harga meningkat sebanyak dua kali ganda sejak 10 tahun lalu dengan kebimbangan ekonomi global yang tidak stabil.

Harga menjadi meningkat apabila sekatan ke atas salah satu daripada dua lombong terbesar di dunia.

Pemotong berlian, pengilat dan peniaga bergelut untuk mendapatkan sumber batu selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke Atas Alrosa PJSC, yang menyumbang kepada kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran global.

Williamson Pink Star ialah satu daripada dua berlian ‘merah jambu terang mewah’ tanpa cela yang melebihi 10 karat muncul di lelongan. Ia dianggap sebagai inspirasi untuk berlian Pink Panther dalam filem 1963 dengan nama yang sama.

“Penemuan berlian merah jambu yang berkualiti dalam sebarang saiz adalah sangat jarang berlaku, dengan penutupan lombong Argyle baru-baru ini, ianya jadi sangat mustahil,” kata Wenhao Yu pengerusi barang kemas dan jam tangan di Sotheby’s Asia.

Walaupun nitrogen dan boron memberikan warna berlian kuning dan biru, tidak ada bukti bahawa berlian merah jambu menerima warnanya daripada unsur surih.

Cicit-38 Nabi datang Malaysia adalah ‘scammer’? Pakar tampil dedah hal sebenar

Siti Nurhaliza mengamuk media putar belit , “kata Aafiyah bakal jadi ahli politik”

Apa dah jadi bisnes susu Neelofa? Beribu kena buang dalam tong sampah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *