Berpeluk dengan Aliff Aziz, Intan Nujuwa akhirnya buka cerita

Tidak mahu isu berkenaan berpanjangan, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid tampil menjelaskan bahawa babak mesra itu dirakam ketika dia bersama Aliff Aziz sedang menjalani penggambaran drama terbaru mereka iaitu Jodoh Babysitter.

Tegasnya lagi, kesemua kru produksi yang terlibat dalam drama terbabit turut berada di set penggambaran pada ketika itu.

Kan tengah shooting, nampak tak camera tengah rolling tu. Semua orang kat situ kami tengah shooting untuk Jodohku Babysitter.

Ingat peluk saja-saja ke. Dah tak ada kerja sangat ke

.

‘Headline pun mengundang’

Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini meluahkan rasa kesal kerana tajuk yang dibuat oleh sesetengah portal media boleh mencetuskan pelbagai spekulasi.

Headline pun mengundang. Kenapa perlu nak spread benda-benda negatif.

Sebelum ini, seorang pengguna di TikTok memuat naik video di mana dia terserempak dengan Intan dan Aliff yang pada ketika itu dilihat sedang berpelukan pusat peranginan tersebut sehingga mengundang kecaman netizen.

baca : Akui tak boleh bergantung dengan elaun RM27,000 sebulan, Sultan Johor pertahan buat bisnes

Pesalah seks akan dimandulkan, kerajaan perkenal undang-undang baru

Pengurus Bank hilang RM605,000, kena tipu dengan scammer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *