Bertanding Gombak: Kantoi..Azmin bocor perbualannya dengan Amiruddin

Bertanding Gombak: Kantoi..Azmin bocor perbualannya dengan Amiruddin

Bertanding Gombak: Kantoi..Azmin bocor perbualannya dengan Amiruddin. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui ada menghubungi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk urusan pentadbiran dengan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor (MTNg) itu serta berkait Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau juga mengakui perbualannya dengan bekas Timbalan Presiden PKR yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU itu turut mengandungi perkara yang disifatkannya sekadar untuk berbasa-basi.

Berbasa-basi merujuk perbuatan menjurus kepada perilaku bersopan-santun untuk mengambil hati atau menjaga perasaan walaupun sekadar perbualan kosong.

Diminta mengulas pendedahan Mohamad Azmin bahawa beliau ada dihubungi Amirudin yang memaklumkan disuruh bertanding di kerusi Parlimen Gombak, Menteri Besar Selangor berkata, panggilan itu adalah untuk perbincangan secara profesional.

“Sebahagian urusan, kadang-kadang memerlukan saya berhubung dengan dia, seperti hal-hal pentadbiran sebab dia Pengerusi MTNg. Kadang-kadang nak buat mesyuarat, masa tidak sesuai, jadi saya hubungi dalam bentuk WhatsApp dan ‘call’ kalau perlu.

“Kita berurusan secara profesional dan sebelum itu ada berbasa-basi, tetapi dianggap serius, ia menunjukkan dia sudah ketandusan modal. Kalau dia nak anggap semua benda jadi serius, tak apalah, saya tahu dia agak ‘boring’ (bosanlah) tu,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media selepas merasmikan Peluasan Sistem Smartbox ke Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor di Pejabat Daerah dan Tanah Klang, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular rakaman ceramah Mohamed Azmin yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak, mendakwa Amirudin menghubunginya dan memaklumkan disuruh bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kanan itu juga dilaporkan mendakwa Amirudin menyatakan kebimbangan mengenai masa depan politiknya di Gombak susulan keputusan PKR mencalonkannya di kerusi Parlimen berkenaan.

Dalam isu berkaitan, Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor merangkap Ketua Cabang PKR Gombak, menegaskan parti itu akan menampilkan calon yang bukan sahaja mempunyai elemen tempatan, tetapi mampu memenangkan parti pada PRU15.

“Negeri ini sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja memberi khidmat bakti. Kita (Selangor) bukan seperti negeri yang mempunyai semangat kenegerian yang begitu tebal dan nilai ‘international’.

“Itulah yang menjadikan Selangor sebuah negeri maju sekarang,” katanya ketika ditanya adakah calon-calon PKR Selangor untuk PRU15 pafa 19 November nanti terdiri daripada anak tempatan.

Cara sebenar nak bezakan kedai mamak original muslim dengan hindu, jangan terkena!

Gempar satu kampung jumpa janin baby, polis sahkan itu janin kucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *