Beza anak Anwar Ibrahim dengan Muhyiddin Yassin yang pasti buat anda terkejut

Beza anak Anwar Ibrahim dengan Muhyiddin Yassin yang pasti buat anda terkejut

Beza anak Anwar Ibrahim dengan Muhyiddin Yassin yang pasti buat anda terkejut.

Najwa Mahiaddin

1-Najwa Mahiaddin, 36, atau kini mahu dikenali sebagai Njwa adalah anak ketiga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman.

2-Njwa adalah penyanyi dan penerbit rakaman yang merupakan graduan Berklee College of Music, Boston Amerika Syarikat.

3-Mempunyai misi tersendiri dalam bidang muzik, Njwa membawakan genre muzik jazz dan R&B yang menjadi identitinya.

4-Sepanjang kerjaya, Njwa yang bersuara lunak mendapat pengiktirafan sebagai Artis Baru Terbaik.

5-Malah menerusi album pertama, Njwa menerima Anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.

Nurul Izzah

1-Nurul Izzah merupakan anak sulung kepada pasangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

2-Diberi jolokan Puteri Reformasi, Nurul Izzah adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kepujian) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

3-Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dari Universiti Johns Hopkins, Washington, Amerika Syarikat.

4-Aktif dalam politik tanah air, Nurul Izzah memenangi kerusi kawasan parlimen Lembah Pantai P121 dalam pilihan raya umum pada tahun 2008 dan 2013.

5-Pernah melepaskan kedudukan sebagai Naib Pengerusi PKR pada 17 Disember 2018 dan kembali menjawat semula jawatan itu pada 20 Julai 2022 Nurul Izzah baharu sahaja tewas di Parlimen P044 Permatang Pauh dalam PRU15.

Hebat dan berpendidikan, kedua-dua mereka mempunyai pencapaian hebat dalam bidang masing-masing.

Semoga kejayaan yang diraih wanita-wanita ini menjadi inspirasi kaum Hawa di Malaysia.

Guru Sekolah menang ‘jackpot’ RM7.05 Juta, ramal tepat Morocco menang

Kos besarkan anak di Korea Selatan paling mahal di dunia, “syukur lahir di Malaysia..”

Tiket final World Cup 2022 dah boleh beli pangsapuri sebuah, ‘mahal giler!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *