Dokumen bocor disiarkan dalam mahkamah
11.23 pagi: Peguam Jagjit Singh merujuk salinan dokumen didakwa bocor berkaitan kes rasuah Rosmah Mansor, yang disiarkan di mahkamah menerusi projektor.
Dia berhujah bahawa ada risiko berat sebelah melibatkan hakim Mohamed Zaini Mazlan memandangkan dokumen itu menyatakan ia disediakan untuk pertimbangan hakim.
Dokumen itu didakwa bukan penghakiman bertulis sebenar untuk kes Rosmah, tetapi salinan penyelidikan dan penulisan pendapat yang disediakan unit penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
11.13 pagi: Peguam Jagjit Singh berkata tiada penegasan daripada pihak pendakwaan bahawa dokumen didakwa bocor yang berkaitan dengan kes rasuah Rosmah Mansor adalah dokumen palsu.
Dia berkata hakim perlu mampu menyampaikan keputusan tanpa pengaruh tidak sepatutnya, secara langsung mahupun tidak langsung daripada mana-mana sumber lain.
11 pagi: Peguam Jagjit Singh berkata hakim yang mengendalikan perbicaraan perlu mampu melaksanakan tanggungjawabnya secara saksama dan bebas daripada pengaruh luar.
Katanya, kebebasan kehakiman memastikan seorang hakim dapat menilai bukti, mengguna pakai undang-undang dan menentukan keputusan kes tanpa mengira mana-mana pihak, demi menegakkan keadilan.
“Saya ada keyakin penuh terhadap Yang Arif (Mohamed Zaini Mazlan) tidak akan dipengeruhi oleh perkara ini, tetapi (risiko berat sebelah) masih wujud, dan itulah tujuan permohonan (pengguguran hakim),” katanya.
10.50 pagi: Peguam Jagjit Singh berkata awan gelap telah melitupi badan kehakiman sejak 23 Ogos lalu.
Katanya, ia serupa dengan apa yang berlaku pada 1988, merujuk kepada penyingkiran Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara.
Sejarah mengenang peristiwa itu sebagai krisis kehakiman negara.
Jagjit mendakwa awan gelap kembali melitupi badan kehakiman pada 23 Ogos lalu, dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan suami Rosmah, Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Dia merujuk dakwaan kebocoran penghakiman berkaitan kes Najib sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.
10.43 pagi: Peguam Jagjit Singh dalam hujahan lisannya berkata, undang-undang tidak memerlukan pemohon untuk memberikan bukti meyakinkan untuk membuktikan aspek berat sebelah pada hakim.
Dia berkata, mereka hanya perlu menunjukkan apa yang boleh dan menyerahkan kepada mahkamah jika ada bahaya berlakunya berat sebelah.
10.40 pagi: Peguam Jagjit Singh menafikan hujah pendakwaan bahawa permohonan agar hakim Mohamed Zaini Mazlan digugurkan daripada mendengar kes itu adalah berdasarkan bukti cakap dengar.
-Bharian
DBKL mengamuk rakyat Malaysia hadir sambut merdeka rosakkan pokok
Yusuf Azmi kata mahkamah perlu beri lebih masa kepada Najib, harap bukan ‘hukuman politik’
Anwar kata tak senang untuk hidup gaya mewah macam Najib tidur dalam penjara