Boris Johnson umum letak jawatan Perdana Menteri Britain

Boris Johnson umum letak jawatan Perdana Menteri Britain. Boris Johnson akan mengumumkan peletakan jawatab sebagai perdana menteri hari ini, selepas hilang sokongan Kabinet dan ahli parlimen Parti Konservatif apabila mereka menganggap beliau tidak lagi mampu menjalankan pentadbiran kerajaan.

Sumber Downing Street turut mengesahkan Johnson akan mengumumkan peletakan jawatannya.

Pengunduran Johnson itu telah diramalkan apabila 50 peletakan jawatan menteri diserahkan kepadanya sejak Selasa.

Sejak dua jam lalu, lapan menteri termasuk dua setiausaha kerajaan telah menyerahkan peletakan jawatan, menyebabkan beliau tidak lagi dapat mengelak selain meletakkan jawatan.

Johnson memegang jawatan perdana menteri hampir tiga tahun lalu, berjanji untuk membawa keluar Britain dari Kesatuan Eropah dan menyelamatkan negara selepas krisis referendum Brexit pada 2016.

Sejak itu, pemimpin Konservatif menunjukkan sokongan mereka terhadap bekas wartawan dan datuk bandar London.

Sokongan terhadap itu ditunjukkan pada pilihan raya 2019.

Bagaimanapun, pendekatan pentadbirannya yang agresif selain terpalit dengan beberapa siri skandal telah mengurangkan keyakinan penggubal undang-undangnya negara itu terhadapnya.

Tinjauan pendapat juga menunjukkan beliau tidak lagi popular dalam kalangan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *