Buat hal! Bagi kambing hadiah perkahwinan, terpaksa tambat atas pelamin takut lari

Perkahwinan sememangnya akan menjadi hari yang paling bahagia untuk pasangan pengantin terutama apabila terdapat pelbagai peristiwa yang akan terus ‘melekat’ di dalam memori.

Seperti yang dialami oleh pengantin lelaki di Indonesia ini yang dipercayai telah mendapat hadiah berupa seekor kambing daripada rakan-rakannya.

Memetik laporan Suara.com, video yang memaparkan peristiwa tersebut telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa orang lelaki yang dipercayai rakan kepada pengantin ‘menyerbu’ majlis itu dan membuat kecoh dengan membawa kambing tersebut.

@armanmultimedia.id

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kambing itu kelihatan disolek dan dirias dengan ‘pakaian’ serta reben biru.

Bukan itu sahaja, ia juga dilihat dikalung dengan gubahan bunga kuning di leher, menjadikan penampilannya lebih luar biasa.

Kehadiran kambing itu membuatkan majlis perkahwinan itu riuh dengan hilaian tawa tetamu.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 2.4 juta kali dan mendapat pelbagai komen dari netizen.

“Nohh hadiah boleh buat akikah sekali,” tulis seorang netizen.

“Siap disolek lagi kambingnya, mentang-mentang diajak ke kenduri,” kata seorang lagi netizen.

baca :

Wanita hina islam: Crack House Comedy Club kena simbah cat merah

Tragis…Sekumpulan monyet campak bayi umur 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut

Sekejap je cikgu pergi tandas, kereta dah menjunam dalam longkang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *