Budak darjah 3 hadiahkan ibu cincin emas guna duit raya sendiri, sekali ini respon ibu

Budak darjah 3 hadiahkan ibu cincin emas guna duit raya sendiri, sekali ini respon ibu.

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar dan melihat ‘para ibu’ sibuk memuat naik video duit raya yang diterima oleh anak-anak mereka. Tidak kurang juga, ada yang berkongsi menggunakan duit tersebut bagi membeli barangan keperluan mereka sehingga hebat diperdebatkan di media sosial.

Kumpul duit beli hadiah untuk ibu

Namun, lain pula bagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ini apabila dia sendiri sanggup berkorban dengan bekerja dan mengumpul duit raya bagi membeli hadiah kepada ibunya.

Difahamkan, sebahagian duit tersebut merupakan hasil dia menolong ibunya berniaga.

Hadiahkan sebentuk cincin emas sempena Hari Ibu

Menerusi sebuah video yang muat naik di laman TikTok @leyana92 atau Yana, dilihat kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adam itu berada di sebuah kedai emas bersama dirinya sebelum membuat pembelian.

Wanita itu mengatakan anak lelakinya itu menghadiahkan sebentuk cincin emas bersempena dengan sambutan Hari Ibu baru-baru ini.

 

Urus sendiri hal pembelian

Pada masa yang sama, perkongsian video berdurasi empat puluh satu saat itu melihatkan Adam melakukan sendiri urusan pembelian cincin emas tersebut kecuali hal pengiraan wang yang perlu dibayar.
Melalui video tersebut, Adam menandatangani resit dan bercakap sendiri dengan staf yang bekerja untuk membeli cincin bagi ibunya.

Anak yang tidak pernah berkira bab duit

Tambah Yana, dia meluahkan kesyukuran kerana anak lelakinya itu tidak pernah kedekut dan berkira dalam bab kewangan, selain mendoakan Adam dimurahkan rezeki.

“Dia anak yang tak pernah berkira bab duit dengan saya. Mama doakan Adam sentiasa dimurahkan rezeki,” luah Yana.

Alhamdulillah, pandai sis didik anak…

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji dengan tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu dan meluahkan kekaguman kerana sanggup berkorban masa dan tenaga pada usia 9 tahun hanya untuk menggembirakan ibunya.

Selain itu, mereka mendoakan agar Adam menjadi seorang anak yang soleh, selain berjaya di dunia dan akhirat.

Nak booking jadi menantu boleh ke?

Tidak kurang juga, ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan mahu jadikan Adam sebagai menantu untuk anak-anak mereka kelak.

BACA:

Lelaki ikat telefon pada kaki sambil berjalan di pasar, nak skodeng ke tu?

Kekayaan Adi Putra didakwa lebih RM23 Juta walaupun jarang berlakon, ini rupanya pekerjaan sebenar pelakon itu

Lelaki ini dedah rahsia masuk Thailand cara paling mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published.