Budak umur 10 tahun dibaham Singa ketika cuti Aidilfitri

Budak umur 10 tahun dibaham Singa ketika cuti Aidilfitri.

Keterujaan sebuah keluarga melawat sebuah zoo di Bandar Dinder, 400 kilometer di selatan Khartoum bertukar satu mimpi ngeri selepas anak perempuan mereka dilaporkan maut berikutan dibaham seekor singa.

Maut dibaham singa

 

Mangsa, 10, dipercayai keluar berkelah bersama keluarganya ke sebuah taman hidupan liar bagi menikmati cuti bersempena Aidilfitri. Namun, di sebalik keseronokan tersebut mangsa dipercayai diserang oleh seekor singa ketika dia menghampiri kandang haiwan berkenaan.

Papan tanda amaran yang meminta supaya pengunjung tidak mendekati atau cuba memberi makanan kepada haiwan liar tersebut turut ada di tempat kejadian. Bagaimanapun mangsa dipercayai menundukkan kepalanya ke arah kandang tanpa sedar apa yang sedang dilakukan olehnya ketika itu.

Susulan daripada itu, kanak-kanak malang ini telah diserang oleh seekor singa sehingga menyebabkan dia parah. Mujurlah kakaknya yang berada di sebelahnya terselamat daripada serangan berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pengunjung lain bersama keluarga mangsa cuba melepaskan kanak-kanak malang ini daripada cengkaman haiwan tersebut namun cubaan itu sama sekali tidak membuahkan hasil.

BACA: 

Budak darjah 3 hadiahkan ibu cincin emas guna duit raya sendiri, sekali ini respon ibu

Kekayaan Adi Putra didakwa lebih RM23 Juta walaupun jarang berlakon, ini rupanya pekerjaan sebenar pelakon itu

Lelaki ‘bocor’ rahsia, rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, siap tunjuk bukti

Leave a Reply

Your email address will not be published.