Cara buat minyak masak sendiri guna biji kelapa sawit, jimat banyak!

Semakin hari, kos sara hidup semakin tinggi lebih-lebih kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar dan juga yang telah berumah tangga.

Malah, sejak dua tiga hari lalu, turut tular di media sosial apabila netizen berkongsi harga minyak botol 5kg yang didakwa mengalami kenaikkan harga mendadak, ada yang sehingga RM 50 sebotol.

Berdepan dengan tekanan sebegini, selagi boleh berjimat-cermat, kita akan cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat bagi mengurangkan kos sara hidup yang kini semakin melonjok tinggi sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Oleh itu, hari ini Siakap Keli ingin berkongsi cara menghasilkan minyak masak sendiri di rumah yang dipetik dari laman TikTok milik Hamba Kayangan.

Apa yang diperlukan dalam pembuatan minyak masak adalah buah kelapa sawit yang telah matang.

Pertama sekali, anda perlu membersihkan terlebih dahulu buah kelapa sawit kemudian dikukus untuk beberapa minit. Seterusnya, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum kopek dan kukus sekali lagi.

Setelah itu, dengan menggunakan kain yang bersih, perah kelapa sawit yang telah dikukus tadi untuk keluarkan minyak.

Tapiskan perahan minyak tadi kemudian masak sekejap untuk dapatkan tekstur minyak yang lebih halus. Siap dan boleh terus guna.

Anda boleh merujuk video penghasilan minyak sawit sendiri seperti dibawah.

@yiern_cyb

beras mahal..kita tanam padi sndri..cili mahal..kita tanam cili sndri..minyak msak mhal..kita try buat sndiri..😌

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

Leave a Reply

Your email address will not be published.