Cara step by step beli tanah di Malaysia, tak sangka mudah macam ni. Trend beli tanah untuk bina rumah sendiri ini bukanlah baru di Malaysia apatah lagi di lokasi luar Lembah Klang.
Sebenarnya, ada banyak cara untuk anda beli tanah.
Jika anda mempunyai wang modal, anda boleh beli secara cash!
Jika anda rajin ‘selam’, anda boleh beli secara lelong dengan harga lebih murah.
Atau cara paling mudah, buat pinjaman bank untuk beli tanah lot untuk bina kediaman.
Artikel ini akan kongsikan kepada anda step by step cara beli tanah lot untuk bina kediaman sendiri.
Pertama, anda perlu tahu apa beza beli rumah dengan loan bank dan beli tanah dengan loan bank.
Beli Rumah Dengan Loan Bank
Secara praktikal, Loan to Value (LTV) atau Margin of Finance (MOF) untuk beli rumah dengan loan bank adalah :-
Rumah pertama : 100% atau 90%
Rumah kedua : 90% atau mengikut kredit skor
Rumah ketiga : 70%
Contohnya, jika anda beli rumah berharga RM500,000 dan itu rumah pertama, anda boleh dapat 100% pinjaman dari bank atau 90% pinjaman dari bank.
Manakala rumah ketiga pula, anda cuma layak dapat 70% pinjaman dari bank. Hanya RM350,000 sahaja anda boleh pinjam dari bank. Bakinya, anda kena guna duit sendiri.
Beli Tanah Dengan Loan Bank
Untuk tanah pula, anda kena faham ada tiga jenis status tanah yang ada di Malaysia.
1. Tanah kediaman – Bina bangunan
2. Tanah agrikultur – Untuk pertanian
3. Tanah komersial – Bina pejabat, lot kedai, kilang
Setiap tanah mempunyai kadar pinjaman bank yang berbeza. Ini kadarnya secara kasar :-
Tanah kediaman : 70% – 90% daripada harga tanah
Tanah agrikultur : 65% – 70% daripada harga tanah (maksimum)
Tanah komersial : 85% daripada harga tanah (maksimum)
Apa Perlu Buat Sebelum Beli Tanah?
Pengesahan Status Tanah
Kebanyakan pembeli tanah lot rambang mata bila ditawarkan tanah pada harga murah. Terlalu murah sampai mereka terlupa untuk semak status tanah itu.
Banyak kes penipuan dan integriti berlaku kerana pembeli salah faham dengan status tanah.
Satu geran besar yang dikongsi dan dipecahkan menjadi lot lebih baik daripada lot lidi.
Jenis Geran Tanah
Di sini, anda perlu buat beberapa semakan secara detail di Pejabat Tanah Daerah untuk tahu :-
Pemilik tanah
Kaveat pada tanah
Keluasan sebenar tanah
Kategori & jenis kegunaan tanah
Viewing
Pergi ke lokasi tanah dan lihat sendiri tanah tersebut samada masih dalam kondisi terbiar atau sudah dibersihkan.
Kemudian, semak plot tanah dengan merujuk nombor geran. Jangan lupa untuk buat semakan pada infra di sekitar tanah seperti akses jalan raya, air, elektrik dan sebagainya.
Rugi kalau beli tanah murah tapi tiada infra air dan elektrik. Kos untuk tarik air dan elektrik bukan murah.
Berurusan Dengan Orang Yang Tepat
Pastikan anda hanya berurusan dengan pemilik asal tanah atau ejen hartanah berdaftar yang sah sahaja.
Dalam kes jual beli tanah, memang banyak individu yang akan ‘menyamar’ menjadi broker hartanah atau wakil pemilik tanah untuk bantu anda urus proses beli tanah tersebut.
Elak daripada menjadi mangsa scam broker kampung dan pastikan segala urusan hanya melibatkan pemilik asal tanah atau ejen hartanah berdaftar yang sah.
Sediakan Dokumen Untuk Buat Pinjaman Tanah
Proses ini sama seperti proses beli rumah dan anda boleh serahkan pada ejen hartanah yang anda lantik untuk bantu anda uruskan proses dokumentasi.
Anda hanya perlu pilih bank yang tepat untuk lajukan dan mudahkan proses anda mendapat pinjaman tanah tersebut.
Ada bank yang berikan anda 50% LTV dan ada yang berikan 70% LTV. Anda perlu cari ejen bank yang betul untuk tahu kadar semasa LTV yang bank tetapkan.
Kos Untuk Beli Tanah
Jangan lupa, anda juga perlu keluarkan modal untuk kos-kos seperti :-
Duti Setem
Yuran Guaman
Insuran/Takaful Tanah
Sales & Purchase Agreement
Kesimpulannya, berurusanlah dengan orang yang betul supaya anda tidak menjadi salah seorang manga scam samada daripada broker kampung atau kontraktor blacklist.
Dunia hartanah pernah dikejutkan dengan penipuan scam bina rumah atas tanah sendiri pada harga RM45,000 oleh DBI Technology diketuai Boy Iman.
Muhasabah diri sebelum beli tanah dengan kekal dengan objektif asal. Beli tanah ini perlukan cash yang banyak.
Pastikan juga anda kenal benar kawasan itu sebelum buat keputusan untuk beli tanah itu atas kapasiti bina kediaman untuk didiami atau pelaburan.
Kalau anda beli tanah dan bina kediaman untuk didiami mungkin tiada masalah yang besar.
Tapi, kalau anda beli untuk bina kediaman dan disewakan, anda kena semak semula kadar sewa semasa dan lokasi tanah itu.
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.
Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Wanita melayu kahwin dengan abang kandung sendiri jadi tular
Padah campur duit kertas dengan syiling, habis ribuan duit aku dalam tabung
Kelibat Dominic Toretto pakai jubah dilihat tengah beli ikan baung tepi jalan