Chef Selebriti terkenal dan instafemes dicekup khalwat dalam hotel

Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup sedang berkhaIwat bersama teman wanitanya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini.

Lelaki berusia 40-an itu dan pasangannya berusia 20-an ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sekitar jam 1.30 pagi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, pasangan itu dicekup selepas gagal menunjukkan dokumen pernikahan.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengakui telah berkahwin namun tinggal berjauhan dengan isteri sejak dua tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak.

Dikatakan kedua-dua merepa merupakan cef, yang mana terkenal di media sosial.

“Pasangan kekasih itu mendakwa mereka bekerja sebagai cef di hotel di sini dan menginap untuk berehat.

“lelaki berkenaan bagaimanapun mengakui telah berkahwin tetapi isterinya menetap dan bekerja di Selangor bersama tiga orang anak mereka,” katanya.

“Wanita tersebut memaklumkan dia tahu mengenai status lelaki terbabit yang bergelar suami orang.

“Kami berjaya menahan pasangan ini selepas mendapat maklumat awam mengenai aktiviti mereka,” ujarnya.

Justeru, pasangan terbabit dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khaIwat) yang mendatangkan syak wasangka melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Mereka boleh didenda maksimum RM3,OOO atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.