Cikgu cantik ni buat ayah-ayah semangat hantar anak pergi sekolah

Cikgu cantik ni buat ayah-ayah semangat hantar anak pergi sekolah. Seorang guru tadika terpaksa menerima hakikat bahawa ada pihak mahukan dirinya dipecat daripada pekerjaan tersebut, bukan kerana tingkah laku atau prestasi tidak cemerlang, tetapi gara-gara memiliki wajah cantik.

Rupa-rupanya, gesaan meminta pihak tadika memecatnya itu dibuat selepas mendapat banyak permintaan daripada ibu-ibu pelajar yang merasa bimbang kerana kecantikkan dirinya menyebabkan golongan bapa menjadi rajin menghantar dan mengambil anak masing-masing di tadika tersebut.

Difahamkan, guru berkenaan mempunyai keturunan darah campur sekaligus menyebabkan orang ramai tidak hairan apabila dia memiliki wajah yang sangat menarik. Malah, ada segelintir menganggap bahawa cikgu berkenaan mungkin kakak kepada penyanyi Hong Kong yang terkenal.

Menurut laporan media, walaupun wajahnya melayakkan dirinya untuk memilih kerjaya yang lebih popular, namun wanita berkenaan dikatakan sangat serius dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik.

Malangnya, kecantikannya itu telah mendapat pertikaian terutamanya oleh ibu-ibu anak murid di tadikanya itu. Mereka mendakwa, suami mereka didapati sanggup tergesa-gesa untuk mengambil anak-anak mereka dari tadika semata-mata demi melihat wajah guru tersebut walaupun sekadar sekilas pandangan.

Oleh itu, tidak pelik jika itulah alasan para ibu untuk memaksa pihak pengurusan tadika berkenaan untuk memecat guru tersebut. Bagaimanapun, pihak tadika tersebut tidak mempedulikan permintaan yang tidak munasabah itu.

Sememangnya apa yang dilakukan oleh tindakan pihak tadika itu adalah tepat. Ini kerana meletakkan alasan kecantikan seseorang untuk dipecat sememangnya tidak masuk akal. Sebaliknya, ianya hanya disebabkan perasaan cemburu sahaja.

Tahniah kepada guru tadika tersebut kerana masih meneruskan kerjayanya meski terdapat banyak halangan. Kecantikkan bukan penyebab alasan kukuh untuk dibuang kerja sebagai tenaga pengajar. Ibu bapa haruslah menilai seorang guru itu dengan gaya pengajaran dan ilmu yang mereka ada agar pembelajaran anak mereka lebih mudah difahami.

Akak rider cipta rekod dunia, hantar makanan sejauh 30,000KM ke Antartika

Isteri cantik gigih bawa bekal untuk suami bawa lori jadi bualan netizen

“Terima kasih bagi pinjam..”, sekali TMJ bagi respon ini kepada Hannah Yeoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *