Cikgu pelik murid pakai baju paras lutut, jawapan budak ni buat kita nak menangis.Di TikTok, viral beberapa foto menunjukkan seorang pelajar lelaki memakai kemeja paras lutut ke sekolah.
Perkongsian itu dibuat oleh seorang guru dikenali sebagai Farrah Norashikin. Ketika itu, dia bertugas meronda di sekitar sekolah.
Tidak sanggup melihat keadaan itu, Cikgu Farah segera membantu murid yang dikenali sebagai Jebat merapikan kemejanya.
@cikgu_farrah terima kasih atas doa semua buat anak ini..ibu dia meninggal sbb covid beberapa bln lepas..xsanggup sy tgok tanpa perasaan..harap xdak yg komen
Menurut Cikgu Farrah lagi, ibu kanak-kanak ini telah meninggal dunia November tahun lalu kerana jangkitan virus Covid-19.
Difahamkan, murid itu kini tinggal bersama kakak, abang dan nenek berikutan bapanya bekerja sebagai pemandu lori.
@cikgu_farrah alhamdulillahterima kasih kpd semua yg prihatin terhadap anak2 ini..Allah sahaja dpt membalasnya ❤️
Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen prihatin menawarkan bantuan peralatan sekolah kepadanya. Mereka memohon alamat rumah untuk menghantar bantuan.
Sebak pula tengok respon rakyat Malaysia yang prihatin. Memang sedih bila tiada ibu, umpama hilang tempat mengadu kasih.
Harta karun berbillion ringgit milik Sultan terakhir Melaka dijumpai
Sekelip mata boleh jadi kaya jika ada duit kertas RM1 lama
Buah ajaib tumbuh di Gua Musang, boleh tukar rasa makanan pahit kepada manis