Dakwaan Najib Razak tiada dalam penjara, ini respon Menteri KDN

Najib dikejar ke HKL selepas Anwar diangkat jadi PM

Dakwaan Najib Razak tiada dalam penjara, ini respon Menteri KDN. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan nama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.

“Sebelum ini ada tahu ke pengkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?

“Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya kononnya nama Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara.

Semalam, Iswardy membuat kenyataan di facebooknya mengenai ini :-

“Mohon pihak penjara nafikan perkara ini. Terdapat maklumat bahawa nama Najib Razak sampai ke hari ini 31.8.2022 TIADA dalam database penjara.

Kenapa? Desak sampai mereka membuat kenyataan!”

baca:

Hina PM: “Tiada pendapatan tetap sebagai penjual sate”, Lokman Adam minta ikat jamin dikurangkan

Bicara Rosmah: Dokumen bocor disiarkan dalam mahkamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *