Dakwaan Siti Bainun anak angkatnya, Zahid Hamidi akhirnya buka mulut

Dakwaan Siti Bainun anak angkatnya, Zahid Hamidi akhirnya buka mulut.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mengeluarkan suntingan di instagram menjelaskan hubungannya dengan OKT kes dera yang melibatkan anak OKU , Adik Bella.

Berikut merupakan cicipan yang dikeluarkan di akaun instagram beliau.

_______

Sebagai insan seperti anda semua tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan.

Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes tersebut dan pastinya semua mahukan kebenaran.

Tetapi saya berasa kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes tersebut.

Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya.

Maka terpaksalah saya akui saya pernah membantu ramai individu sepanjang penglibatan dalam politik.

Termasuk didatangi mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan.

Namun saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah.

Hanya dengan mengaitkan gambar saya dengan tertuduh juga tidak berasas, sebagai seorang pemimpin mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar.

Sebagai contoh hari ni saya memuji seseorang tokoh berkenaan kebaikan dan kehebatannya di media sosial saya, setelah sekian lama dia pula dituduh melakukan jenayah dan perbuatan yang salah disisi undang-undang, adakah saya juga dikaitkan kerana pernah memuji beliau.

Jangan terlalu cepat menuduh dan membuat kesimpulan atas apa yang saudara saudari baca dan lihat.

Biarlah mahkamah yang menentukan kebenaran melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama.

Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal.

Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.

Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan seperti yang dilakukan kerajaan 22 bulan.

Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya `melindungi’ kes saya.

`Melindungi” kes mahkamah dikenakan terhadap saya oleh kerajaan 22 bulan sejurus mereka memperoleh kuasa.

Namun bukankah sehingga hari ini saya gagahi perjuangan untuk membersihkan nama saya di mahkamah.

Saya harap mereka yang sedang gigih berusaha untuk memfitnah saya sekali lagi demi politik itu berhentilah.

Bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.