Presiden PKR Anwar Ibrahim, hari ini, menafikan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Ampang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Anwar berkata, beliau masih belum mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi.
“Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Wanita PKR.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon yang mendakwa ketua pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.
Rashid yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada PRU15 kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu.
Dah 16 kali mengandung, ini kisah gelap disebalik viral gadis ‘begitu shulit lupakan raihan’
PRU-15: Dakwaan Zahid bakal jadi PM, SU Agung Umno sahkan ini